Road Accident
Previous | 6 / 9 | Next |
PERKARA YANG PERLU ANDA BUAT JIKA ANDA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA
Kemalangan jalan raya boleh berlaku disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya itu sendiri, keadaan kenderaan dan persekitaran. Faktor-faktor seperti terbabas, masuk laluan bertentangan, kecuaian, mengekori kenderaan terlalu rapat dan sebagainya merupakan antara faktor yang biasa berlaku.
Oleh sebab itu, penting untuk anda terutamanya pemilik kenderaan memiliki insurans kereta untuk mengurangkan risiko dan kos luar jangka yang perlu ditanggung sekiranya kenderaan anda terlibat dalam kemalangan. Jika anda berada dalam situasi sebegini, anda mungkin boleh pertimbangkan cara lakukan tuntutan insurans kemalangan atau claim insurans kereta ini sebagai panduan anda.
Cara untuk membuat tuntutan Insurans Kemalangan atau Claim Insurans Kereta Kemalangan
Jika anda terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kerosakan harta benda tanpa sebarang kecederaan fizikal, terdapat 5 langkah yang boleh anda ikuti untuk memudahkan urusan anda:
1. Dapatkan Bantuan
Sejurus selepas kemalangan berlaku, berhentikan kenderaan anda di bahu jalan. Pastikan kenderaan anda tidak menghalang pergerakan lalu lintas yang lain. Sebaik sahaja keluar dari kenderaan, periksa sebarang kerosakan yang berlaku pada kenderaan anda. Hubungi syarikat insurans anda atau talian khidmat pelanggan untuk membantu anda jika kereta anda mengalami kerosakan teruk dan memerlukan perkhidmatan trak tunda. Namun begitu, anda diingatkan untuk berurusan dengan pengendali trak tunda yang berdaftar dengan syarikat insurans anda.
Jika anda tidak pasti, dapatkan nama dan nombor pendaftaran pengendali trak tunda daripada syarikat insurans anda dan tunggu sehingga mereka tiba. Kebiasaannya, jika berlaku kemalangan, ramai pihak ketiga atau ejen trak tunda yang akan menawarkan perkhidmatan trak tunda ke bengkel milik mereka. Kekal tenang dan jangan sesekali memberikan keizinan kepada pihak ketiga untuk menguruskan kenderaan anda.
2. Kumpulkan Bukti
Catatkan lokasi dan masa kemalangan untuk memudahkan rujukan semasa membuat laporan polis atau proses tuntutan. Dapatkan butiran individu yang melanggar atau yang dilanggar oleh kereta anda. Ambil gambar kawasan kejadian, kerosakan pada kenderaan, nombor plat, cukai kenderaan dan kad pengenalan individu yang terlibat. Jika individu terlibat enggan memberikan kerjasama, terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berkenaan kemalangan tersebut.
Kemudian, catat maklumat-maklumat penting seperti:
Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat yang bertugas akan menjalankan siasatan awal seperti merakamkan percakapan anda dan saksi, mengambil gambar kenderaan yang terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen yang berkaitan. Kebiasaannya, keputusan kes akan dikeluarkan dalam tempoh 15 hari selepas kemalangan, manakala salinan laporan akan diberikan serta-merta atau tidak melebihi tempoh 3 hari bekerja.
Apabila anda menghantar kereta anda untuk dibaiki di Service Centre, bagi mempercepatkan proses tuntutan insurans dan membaiki kerosakan kereta anda, pihak Service Centre lazimnya akan membuat tuntutan kos kerosakan kereta ke atas insurans kereta anda.
Kemudianya, pihak insurans kereta anda yang akan membuat tuntutan ke atas insurans pihak kenderaan yang melanggar anda.
Jangan risau, NCD insurans kereta anda tidak akan terjejas!
Cara Mengelakkan Kemungkinan Tuntutan Ditolak
Untuk menyelesaikan tuntutan anda dengan lebih pantas dan mengelakkan tuntutan anda daripada ditolak, anda mungkin boleh mempertimbangkan perkara ini untuk tindakan lanjut:
KES KEMALANGAN YANG MELIBATKAN KECEDERAAN ATAU BODILY INJURY
Bagi kes kemalangan jalanraya yang melibatkan kecederaan atau bodily injury, samada yang melibatkan pemandu mahupun para penumpang, berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda lakukan:
1) Dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Sebaiknya cuba dapatkan rawatan awal di hospital kerajaan bagi mendapatkan laporan perubatan berhubung dengan kecederaan anda. Sekiranya melibatkan kecederaan teruk, dapatkan juga laporan perubatan daripada doktor pakar.
2) Simpan kesemua resit perbelanjaan bagi kos rawatan, rawatan susulan, ubat-ubatan, supplement atau vitamin tambahan, resit-resit perjalanan ke hospital dan segala perbelanjaan lain yang telah anda keluarkan sepanjang tempoh mendapatkan rawatan tersebut.
3) Setelah anda discharge daripada hospital, dapatkan khidmat nasihat peguam bagi memulakan tuntutan terhadap insurans pihak yang melanggar anda.
Sebaiknya, sebelum anda mebuat laporan polis bincang terlebih dahulu dengan peguam tersebut bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan bagaimana untuk membuat laporan polis yang betul.
Penggunaan bahasa yang betul dan penerangan yang tepat tentang bagaimana berlakunya kemalangan tersebut semasa membuat laporan polis adalah sangat penting bagi menentukan liabiliti pihak yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Setelah laporan polis dibuat, pihak pegawai penyiasat akan menyiasat laporan kemalangan tersebut.
Kebiasannya pihak polis akan pergi ke tempat kejadian kemalangan bagi menyiasat dan mengambil gambar serta bukti yang masih terdapat di situ.
Bayangkan sekiranya kemalangan tersebut menyebabkan kecedaraan parah dan pemandu serta penumpang-penumpang lain di dalam kenderaan tersebut terpaksa dirawat di hospital selama berbulan-bulan lamanya, laporan polis hanya boleh dibuat setelah mereka keluar dari hospital.
Setelah tempoh masa yang lama sebegitu, apabila pihak polis pergi ke tempat kejadian bagi menyiasat kes kemalangan tersebut pastinya bukti-bukti penting dan gambaran kasar tentang kemalangan jalanraya tersebut seperti serpihan kaca dari kereta, seretan tayar di permukaan jalan, kesan darah dan sebagainya sudah hilang.
Di sinilah pentingnya untuk mereka yang terlibat dalam kemalangan jalanraya untuk mengambil gambar di tempat kejadian sebaik sahaja kemalangan tersebut berlaku.
Sekiranya anda mengalami kecederaan parah dan tidak boleh bergerak ketika itu, cuba untuk dapatkan bantuan daripada mereka yang berada di tempat kejadian untuk mengambil gambar bagi pihak anda.
Setelah siasatan polis selesai, pihak polis akan mengeluarkan saman kepada pihak yang bersalah. Sekiranya saman telah dikeluarkan, kes anda akan menjadi lebih mudah bagi membuat tuntutan dengan pihak insurans.
Tetapi sekiranya pihak polis tidak dapat menentukan siapa yang bersalah dalam mengakibatkan kemalangan tersebut, pihak polis akan mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk kepada pihak Insurans (Refer to Insurans- RTI) atau dirujuk kepada Magistrate (Refer to Magistrate- RTM).
Langkah seterusnya yang perlu anda lakukan ialah bawa kesemua dokumen-dokumen penting (salinan IC, salinan geran kenderaan yang terlibat dalam kemalangan), laporan perubatan dan laporan pakar, resit-resit perjalanan dan perbelanjaan anda sepanjang berada di hospital, dan laporan polis dan berjumpa dengan pihak peguam bagi kes tuntutan kemalangan tersebut.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan dapat membantu anda.
Kemalangan jalan raya boleh berlaku disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya itu sendiri, keadaan kenderaan dan persekitaran. Faktor-faktor seperti terbabas, masuk laluan bertentangan, kecuaian, mengekori kenderaan terlalu rapat dan sebagainya merupakan antara faktor yang biasa berlaku.
Oleh sebab itu, penting untuk anda terutamanya pemilik kenderaan memiliki insurans kereta untuk mengurangkan risiko dan kos luar jangka yang perlu ditanggung sekiranya kenderaan anda terlibat dalam kemalangan. Jika anda berada dalam situasi sebegini, anda mungkin boleh pertimbangkan cara lakukan tuntutan insurans kemalangan atau claim insurans kereta ini sebagai panduan anda.
Cara untuk membuat tuntutan Insurans Kemalangan atau Claim Insurans Kereta Kemalangan
Jika anda terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kerosakan harta benda tanpa sebarang kecederaan fizikal, terdapat 5 langkah yang boleh anda ikuti untuk memudahkan urusan anda:
1. Dapatkan Bantuan
Sejurus selepas kemalangan berlaku, berhentikan kenderaan anda di bahu jalan. Pastikan kenderaan anda tidak menghalang pergerakan lalu lintas yang lain. Sebaik sahaja keluar dari kenderaan, periksa sebarang kerosakan yang berlaku pada kenderaan anda. Hubungi syarikat insurans anda atau talian khidmat pelanggan untuk membantu anda jika kereta anda mengalami kerosakan teruk dan memerlukan perkhidmatan trak tunda. Namun begitu, anda diingatkan untuk berurusan dengan pengendali trak tunda yang berdaftar dengan syarikat insurans anda.
Jika anda tidak pasti, dapatkan nama dan nombor pendaftaran pengendali trak tunda daripada syarikat insurans anda dan tunggu sehingga mereka tiba. Kebiasaannya, jika berlaku kemalangan, ramai pihak ketiga atau ejen trak tunda yang akan menawarkan perkhidmatan trak tunda ke bengkel milik mereka. Kekal tenang dan jangan sesekali memberikan keizinan kepada pihak ketiga untuk menguruskan kenderaan anda.
2. Kumpulkan Bukti
Catatkan lokasi dan masa kemalangan untuk memudahkan rujukan semasa membuat laporan polis atau proses tuntutan. Dapatkan butiran individu yang melanggar atau yang dilanggar oleh kereta anda. Ambil gambar kawasan kejadian, kerosakan pada kenderaan, nombor plat, cukai kenderaan dan kad pengenalan individu yang terlibat. Jika individu terlibat enggan memberikan kerjasama, terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berkenaan kemalangan tersebut.
Kemudian, catat maklumat-maklumat penting seperti:
- Nombor lesen memandu;
- Nombor telefon untuk dihubungi dan alamat tempat tinggal;
- Model dan nombor pendaftaran kenderaan;
- Syarikat insurans yang didaftarkan.
3. Buat Laporan Polis
Jika kenderaan anda masih selamat untuk dinaiki, segera pandu kenderaan anda ke balai polis yang berhampiran untuk membuat laporan polis. Sekiranya kereta anda rosak teruk, tunggu sehingga bantuan perkhidmatan trak tunda tiba.
Laporan polis membabitkan kemalangan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam dan anda boleh dikenakan denda jika lambat atau gagal berbuat sedemikian.Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat yang bertugas akan menjalankan siasatan awal seperti merakamkan percakapan anda dan saksi, mengambil gambar kenderaan yang terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen yang berkaitan. Kebiasaannya, keputusan kes akan dikeluarkan dalam tempoh 15 hari selepas kemalangan, manakala salinan laporan akan diberikan serta-merta atau tidak melebihi tempoh 3 hari bekerja.
4. Maklumkan Kepada Syarikat Insurans
Anda perlu memaklumkan kepada syarikat insurans anda dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kemalangan. Anda juga disarankan untuk mengemukakan tuntutan insurans untuk kos pembaikan kerosakan kenderaan anda secepat mungkin setelah mendapatkan salinan keputusan kes.5. Hantar Kereta ke Bengkel Panel
Minta senarai penuh bengkel panel daripada syarikat insurans anda. Hantar kenderaan anda ke pusat servis kenderaan yang dipercayai bagi memastikan kerosakan kenderaan dibaiki dengan sempurna dan alat ganti yang digunakan adalah tulen. Jika kenderaan anda dilanggar, pihak insurans kereta biasanya akan membuat tuntutan ke atas insurans pihak yang melanggar anda.Apabila anda menghantar kereta anda untuk dibaiki di Service Centre, bagi mempercepatkan proses tuntutan insurans dan membaiki kerosakan kereta anda, pihak Service Centre lazimnya akan membuat tuntutan kos kerosakan kereta ke atas insurans kereta anda.
Kemudianya, pihak insurans kereta anda yang akan membuat tuntutan ke atas insurans pihak kenderaan yang melanggar anda.
Jangan risau, NCD insurans kereta anda tidak akan terjejas!
Cara Mengelakkan Kemungkinan Tuntutan Ditolak
Untuk menyelesaikan tuntutan anda dengan lebih pantas dan mengelakkan tuntutan anda daripada ditolak, anda mungkin boleh mempertimbangkan perkara ini untuk tindakan lanjut:
- Maklumkan kepada syarikat insurans mengenai kemalangan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kemalangan;
- Pastikan butiran dan maklumat yang dinyatakan lengkap sebelum membuat tuntutan atau claim insurans;
- Sediakan butiran dan dokumen sokongan yang menjelaskan kehilangan atau kerosakan yang ingin dituntut;
- Pastikan kenderaan persendirian tidak digunakan untuk sewaan atau mengangkut barangan bagi tujuan perniagaan;
- Nyatakan maklumat tambahan mengenai individu, kenderaan atau harta benda yang terlibat (jika perlu);
- Pastikan maklumat polisi, butiran kemalangan seperti tarikh, jenis kerosakan, lokasi dan sebagainya dinyatakan dengan jelas, benar dan tepat.